Posts

Showing posts from September, 2017

Setahun Saya Tunggu

Image
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Apa khabar Kapten hari ini? Saya doakan semoga Allah sentiasa jaga Kapten di mana sahaja Kapten berada :)  Kapten suka bunga? Haha hari ini perjalanan kita akan bertemakan bunga, whether you like it or not, Kapten ! Sebab saya sangat sukakan bunga!  Mungkin saya dapat ciri ini daripada Mak. Setiap petang, Mak akan berkebun di halaman rumah kami. Cabut rumput, letak baja sekeliling pokok melati, siram pokok bunga. Baru-baru ini saya tengok ada bunga berwarna ungu mekar di dahan pokok bunga raya mak.  "Tengok ni, bunga raya purple Mak dah kembang!"  Itu hasil cross pollination. Itukah namanya? Apabila kita campurkan dua bunga daripada spesies yang berbeza kemudian terhasillah bunga yang ada kacukan kedua-dua bunga tadi. Hybrid.  Kalau manusia, kita panggil kahwin campur. Orang Taiwan kahwin dengan orang Pakistan, lahirlah anak dengan hidung mancung mata sepet.  Sekali lagi kita sudah menyim...

Mari Bersembang di Kedai Roti

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. 1. Nama Saya Maryam.  2. Umur saya pada tahun 2017 adalah 19 tahun. 3.Saya menetap berasama keluarga di Melaka. Ayer Keroh.  4.Saya suka minum kopi, sebut sahaja kopi apa pun, lidah saya kenal pahitnya     macam mana. 5. Saya adalah anak ketiga daripada lima adik-beradik (yang sangat riuh). 6. Saya pakai cermin mata.  Ada dua benda lagi yang ingin saya bagitahu anda di sini, satu; mulai hari ini saya akan panggil anda Kapten. Kedua, tiga daripada enam perkara yang saya nyatakan di atas adalah benar, dan selebihnya tidak benar. Mungkin di semesta yang lain, keenam-enamnya benar, dan di semesta yang lain lagi, semuanya tidak benar.  Kapten, awak pernah dengar tentang teori parallel universe?  Orang kata wujud semesta lain selain yang kita hidup dalamnya sekarang ni.Disebabkan itu, wujud juga pelbagai versi diri kita Contohnya, dalam semesta ini, saya seorang arkitek yang gemar menonton rancangan m...